then after the news adik aku tanya kenapa boleh banjir. kajang kan jauh dari laut. aku yang dah 8 tahun tinggalkan hometown aku Bandar Baru Bangi pun tahu apa puncanya. aku jawab soalan adik aku. jawapan;
Malaysian
tanpa perlu research, tanpa perlu pergi lokasi pun aku tau punca banjir tu adalah manusia buang sampah ke dalam sungai. tambah lagi Kajang dah macam Las Vegas, di kelilingi kawasan bukit. Bandar Baru Bangi, bukit. Bukit Mewah, Indah, Bukit. Jalan Bukit. Bukit-bukit kat dada bapuk depan Chiplee kedai buku.
obviously bila hujan turun kat Bandar Baru Bangi dan segala bukit yang mengelilingi Kajang, air akan turun ke arah pekan Kajang tu. and air turun melalui sungai. bila sampai Sungai Chua yang dah clogging dengan sampah-sampah kedai snooker, pusat beli belah bintang dan segala kedai makan kat situ maka air susah nak lepas. and what happen after that? paras air naik. and bila paras air naik maka banjir. sama macam perhimpunan bersih hari tu, polis clog jalan, perhimpunan pula bergerak macam air, maka jadi la traffic congestion. tak perlu belajar sampai dapat lapan PhD untuk tahu ini.
and of course bila ada pekan, ada longkang yang dalam tapi sempit. dan sudah pasti bila kita bercakap Malaysian dan longkang, yes, tepat sekali, memang tidak boleh di elakkan kan. asal longkang, sungai, itu memang tempat buang sampah. janji ada air mengalir memang kita akan buang. come on. even resit pun kita campak dalam longkang instead of tong sampah yang dah di sediakan.
bila dah banjir, dah datang segala penyakit mulalah rakyat nak salahkan MPKJ. what the fuck weh? dah berapa lama kita hidup kat negara ni yang kita tak tahu majlis perbandaran takkan datang turun padang selagi isu tak serius gila? selagi tak ada orang mati tercekik sampah selagi tu diorang takkan ronda-ronda saman orang buang sampah merata-rata. kalau aku maki cakap bukan salah MPKJ tapi salah orang Kajang yang buang sampah dalam longkang, kau nak saman aku? letak gambar aku dalam paper, tampal kat dinding macam iklan ah long dan cap aku pembelot negara? terima kasih sebab beri peluang orang tengah Klang Valley rasa banjir selepas 30 tahun menunggu swimming pool epic.
kat sekolah ada subjek sivik. subjek yang tak perlu ada. maybe kita boleh membentuk masyarakat majmuk through that subject. tapi apa guna masyarakat majmuk kalau otak tak ada? kau bodoh, dia bodoh, semua bodoh. brilliant.
dulu aku ingat, masa kecik ada iklan cintailah sungai kita. aku memang ada isu dengan government-made commercials. buang duit, tak ada effect, dan membuatkan makcik-makcik emo tatkala sendang menonton drama abu, ali merebut kasihnya aminah. my views on any kind of government-made commercial will always be on my backside. yang akan datang pun aku berani bet bulu kaki aku yang sumpah akan jadi bodoh gak.
talking about commercial aku rasa kalau aku jadi director, in 50 seconds je da cukup. 1 scene orang buang sampah, 1 scene hujan lebat tak berenti, 1 scene banjir. 1 scene orang mati sebab disease. tayang 5 kali sejam setiap hari, confirm orang takut nak buang sampah dalam sungai. diorang akan buang sampah depan rumah jiran instead. but that's better than banjir dan hidup dengan penyakit selepas banjir.
MPKJ tu memang bodoh pun. oh what the hell, aku rasa selagi dia majlis bandaraya, majlis perbandaran ke, diorang memang bodoh. sila sumbat anak anda sampah sampai dia mati and campak tengah jalan. baru diorang nak turun padang.
nak salahkan siapa banjir ni? tuhan? 30 tahun tak banjir, tiba-tiba banjir nak salahkan bapuk-bapuk buat maksiat ke? sedangkan banjir tu datang dari sungai yang clogging. oh i'm pretty sure ada blogger yang cakap Kajang pusat maksiat sebab tu tuhan turunkan bala. i wonder what's their call on Kelantan and Terengganu punya banjir every year.
Idler
3 comments:
mesir lagi kotor dari malaysia tp jarang lah banjir sbb hujan pun setahun sekali dua saja...
yg kelate n ganu tu bukan bala.. bencana alam je..hehe
nice way of speaking your mind :P and true, gov-made commercials suck. every single damn one of em.
yui: sana tengah perang. meamng le kotor. asek la perang je. cepat sket abeskan study tu. sini ada banjir je, takde peluru terbang. hahahaha.
nash: berebut rambutan. wtf.
Post a Comment