Thursday, 22 September 2011

Mangsa

aku ada banyak benda nak tulis. tapi terasa sangat malas nak mampus. banyak buang masa main game je. nak rekod lagu, PC pula buat hal. ada je tak kena. CMOS battery la, hapa la. malas. malas. malas.

banyak benda boleh belajar masa bermain video game. betul. tak percaya? kau tahu siapa mangsa paling senang kena troll? Melayu. hahaha. cakap noob sikit je dah, terus sawan. bila enemy team stock sedap je main, kau pulak feed, dia cakap "oi noob, wtf u doing?", kau terus macam-macam alasan kau bagi. dari lag ke, i was making a cup of tea.

kenapa melayu? kenapa senang gila kau intimidated? kenapa kau senang gila jadi mangsa troll? kenapa bodoh gila pergi layan org kutuk kau? aku selalu pesan, "jangan layan, lagi kau emo lagi diorang suka". but hey, melayu tak mudah mengaku kalah bukan? mesti nak lawan punya. cara paling senang bila kena macam ini, melayu akan cakap "cina babi". ayat paling senang. well, aku terasa bangang bila bermain dengan orang mangsa troll begini.

racism is a no no in my book. macam biasa lah, kalau dia cakap melayu bodoh ke, aku diam je. sebab kalau aku balas, maka apa bezanya aku dengan dia. ah, balik balik ayat ni je kan aku taip kat sini. kau buka blog blog serbanistas, kau try troll, confirm dia makan punya. senang gila macam ikan kebulur tak makan 3 bulan.

aku banyak main game online satu ketika dulu. sekarang dah malas. walaupun feature dia bes gila, tapi kalau dah kena online 24/7, grindfest je fed up la aku. maka aku berhenti main dan mula bermain game yang tak memerlukan masa yang lama untuk pawn orang lain.

hidup macam roda. sama juga bila bermain video game. ada hari kita own, ada hari kita feed dan di maki hamun. well. orang yang memaki hamun ni, ada berlambak kat dunia game online. bila dia maki, aku either buat dont know or just play stupid or just make fun of him. seronok. lagi diorang emo, lagi aku seronok.

sebenarnya aku kesian tengok kaki maki dalam game. sebab kebanyakkan mereka adalah mangsa buli. atau seorang budak yang senyap dan nerd. disebabkan mereka tiada kuasa di dunia nyata dan hanya sangat pro gila dalam dunia fantasy, maka mereka akan buat apa yang mereka tak boleh buat di dunia nyata. iaitu memaki samseng-samseng sekolah sebab main macam bodoh. kesian. well, kebanyakkan kita akan buat apa yang superior kita buat kat kita bila kita jadi superior pada satu ketika. look around you

ha? apa aku buat bila orang main macam bodoh? aku cakap "dah, aku fed up, good luck" atau "come mid, i give free kill, quick!". hahahahaha!

Idler

0 comments: