Wednesday, 31 August 2011

A Few Days Called Hari Raya

sejak 4 5 tahun lepas aku dah naik menyampah nak raya. mak, girlfriend suruh cari baju melayu. tapi apa kan daya. aku pakai baju melayu tu first day raya je. lepas tu gantung dalam almari tak basuh sampai raya depan. tak pun tunggu ada time kena pakai baju melayu je. baju tak busuk sebab aku terperap dalam rumah. tak berpeluh. disebabkan kampung aku dekat bukit canggang dan ampang je, 1st day raya dah kira habis umah atuk nenek aku dua-dua belah. takyah leceh nak drive jauh ke kelantan ke sebab aku memang orang Selangor. kalau jauh pun balik tanjung karang je.

aku tak suka raya. seriously. time ni la semua orang nak bermaaf-maafan. ini sangat membantu menyokong drama-drama real life orang melayu. kalau tak maafkan maka boleh membalas dendam dengan membunuh ataupun merampas harta berjuta ringgit. honestly, dalam Islam limit 3 hari je nak tak nak bertegur sesama manusia. tapi apa kan daya. kita melayu. sanggup bunuh anak dari membunuh adat sendiri.

why shouldn't we forgive the people before raya? none of the malays have the proper answer for that. ustaz kat sekolah pun keje nak aim budak je sebab tak puas hati budak tu rocker. sampai la raya, budak tu datang kasi kuih ucap selamat hari raya, maaf zahir batin.

again. 1st day raya most of us menangis masa minta maaf dari ibubapa. yang kelakarnya, 5 minit lepas tu gaduh balik. brilliant. serupa tak payah je. then kena tunggu tahun depan untuk semua orang berkumpul untuk bermaaf-maafan. aku rasa bermaaf-maafan di hari raya adalah sangat bodoh sama macam nak tunjuk kasih sayang masa valentines day. we can forgive anyone on a normal day really. and i think we should do that so we won't rely on one day to drive thousand miles away just to say sorry.

cliche dan membosankan. itulah hari raya. setiap tahun benda sama. sepupu aku bekata "aku ingat raya tahun ni kau gaya lain la sikit". dah hari raya. aku pakai la baju melayu. takkan aku nak pakai sari pula. kan ke biadap namanya tu.

drama adalah memundurkan. drama melayu adalah super memundurkan. drama melayu raya adalah superduper memundurkan. kita dok kutuk americans dah tak ada idea nak bikin filem. kita lagi teruk. tiada kreativity dan idea. kreativity itu sangat membantu me-menyirapkan hari raya aku.

mari ke kotak bodoh di ruang tamu. turn it on and watch.

1) scene yang confirm ada adalah family mak dengan anak menetap di kampung. anak belajar di universiti dan mak nya pesan suruh belajar rajin-rajin dan jangan lupa jasa ibubapa. then akhirnya anak tak balik-balik sebab dah kahwin dengan orang kaya. mak tunggu raya 15 tahun tak balik-balik. mak duduk dekat rumah buat bahulu sambil dengar lagu raya.

2) bila mak pergi KL cari anak. jumpa. anak tak mengaku mak. si tanggang habis. mak sumpah jadi peti sejuk.

3) bila anak yang tak balik-balik tu bergaduh dengan suami/isteri nya, baru lah tergerak hati nak balik ke kampung. then on the way balik kampung, flashback dari keluar perut mak sampai lah hari dia tak mengaku mak dia.

4) nak dekat sampai dah ke kampung ni. PANG! accident. mati. mak menangis. flashback lagi.

5) kadang-kadang dalam cerita lain. mak kepada anak yang tak balik tu ditemani oleh seorang anak jiran atau anak kepada anak mak itu kat kampung. dengan kata lain, anak jiran nya itu lagi baik dari anak mak itu sendiri.

6) menangis. menangis. menangis. dan menangis lagi.

seriously. mana tak mundur. setiap tahun cerita sama je. kalau lain pun comedies. comedies okay sikit la. aku suka comedy hari raya pun sebab saloma pun pernah nyanyi "hari raya, hari untuk kita bersuka ria". suka pejadahnya kalau terpaksa menonton cerita menangis sampai raya ke 7? trust me. 25 tahun akan datang pun, plot di atas akan ada juga. itu je ulang-ulang.

try tengok rancangan christmas. hah. aku pilih christmas sebab orang islam memang pantang sikit dengan christian ni. but yes, christmas. tell me rancangan christmas yang menangis. tak banyak. merek terapkan happy ending. itu sangat membantu untuk berfikiran secara positive. walaupun kadang-kadang buat kita macam syok sendiri awek tu akan dapat kat kita juga.

tell me, kenapa drama hari raya tak buat happy ending? kenapa semua benda predictable? balik-balik itu juga. anak balik raya accident. menangis. habis. dua jam depan TV, itu je. lepas tu yang emo menonton menangis. haramjadah.

music. hah! 24 tahun aku hidup lagu raya itu je pusing-pusing. sharifah aini, saloma, p.ramlee, sudirman. itu je la. aku teringin nak dengar lagu melayu baru. walaupun ada. tapi aku rasa tak cukup bagus. sebab orang tak nak dengar pun. kenapa orang tak nak dengar? kenapa radio tak putarkan lagu-lagu raya baru? sebab orang tak nak dengar la. indirectly orang bersetuju lagu-lagu baru tak cukup bagus.

nasib baik tahun lepas ada lagu raya anna raffali. walaupun tak ada la epic sangat. tapi ceria bunyi nya. aku suka. then tahun ni. lagu raya baru aku rasa yang paling epic dan confirm boleh laku adalah rakan seperjuangan dunia seni aku punya lagu. aku rasa epic gila. dia tak upload kat youtube. maka aku tak boleh nak link kan. but yes. one hell of an epic song.

paling babi bila bercerita tentang lagu raya. nyanyian semula. fuuuuuu! pukimak. biar je la lagu sudirman tu balik kampung sudirman punya version. yang alif aziz nak nyanyi balik tu dah kenapa? setakat nak bagi kualiti bunyi jadi updated sikit je baik tak payah beb. sila tulis lagu raya sendiri. boleh? penyanyi apa tak reti tulis lagu sendiri. but itu lah dia. lagu raya. tahun ni versi alip ajis. tahun depan versi awal shaari. dua tahun depan versi chipmunk. ah sudah. lagu balik kampung upin ipin. gagal.

tapi apa yang bes raya ni hanya satu je bagi aku. dulu masa belajar lagi, duit raya la. sebab sedara aku ramai. hari raya boleh kaut 5 6 ratus. beli gitar. tahun ni takde le nak dapat lagi. kalau dapat pun ciput je. kena sedar diri, dah tua, dah boleh jadi bapak orang. dah sampai time nak kahwin.

maka tinggal la makanan untuk jadi santapan aku pada hari raya. cukup la. food fest sampai at least 5 syawal. i'm a food lover. tak. aku tak nak bash setiap tahun rendang je. kau ingat makcik-makcik kau rajin ke nak masak rendang setiap hari? hahahah!

Idler

2 comments:

yui92 said...

selamat hari raya

Idler said...

is this a troll? hahhaa.

slamat raya.