dulu masa aku sekolah rendah mak aku selalu prepare breakfast. sebelum pergi sekolah confirm makan. sekolah pun dekat je. seminit jalan dah sampai. cikgu kata, breakfast tu penting. tak kira la nasi lemak ke, janji bertenaga. nasi lemak mengantukkan badan tapi bagi kita tenaga. itu yang cikgu aku cakap la. masa masuk sekolah menengah aku dah tak breakfast dah. cikgu tengok aku lesu je. tengok badan aku kering terus tepek "ha ni tak breakfast la ni".
masa aku form 4 form 5, aku pegang rekod paling banyak kali datang lambat. kawan-kawan aku gelak je sebab rumah aku yang paling dekat dengan sekolah. tak sampai seminit jalan pun but still datang lambat. orang kena sebat sebab merokok ponteng sekolah. tapi aku kena sebat banyak kali sebab kes tak macho langsung, datang lambat ke sekolah.
aku sekolah kat bandar baru bangi. then ada juga budak-budak yang menetap kat bangi lama sana sampai sekolah pukul 6:30 pagi, naik bas. aku kesian tengok budak-budak ni sebab kena bangun pagi gila semata nak naik bas. diorang yang jauh sampai awal. aku yang dekat sampai paling lambat.
dah masuk sekolah menengah pun ada je lagi cikgu membebel kepentingan sarapan pagi. crap weh. budak-budak yang sampai 6:30 tu memang confirm la boleh breakfast sebab kat flat depan sekolah tu ada jual nasi lemak bagai. aku terasa macam dah kena main dengan kementerian pendidikan. kepala hotak dia sekolah start pukul 7:30 pagi. terlalu awal. terlalu awal untuk semua orang.
berapa ramai sangat yang bangun pagi solat subuh? aku tak. aku bangun pagi pukul 7. bangun, hisap rokok sebatang, mandi, terus pergi sekolah. sempat tak sempat aku langgar je. janji aku pergi sekolah.
is there a better reason why sekolah kat luar negara start sekolah pukul 9 pagi masa matahari memang dah naik dan bukan masa matahari pun baru bangun? sebab pagi-pagi fresh? abah kau fresh kalau tidur tak cukup sebab kerja sekolah belambak nak kena hantar esok nya? sebab tu tak kira kat sekolah mana pun, ada je budak tidur dalam kelas. fresh. memang fresh wahai si perut buncit. 24 tahun aku hidup, system sama lagi. aku tak paham.
paling cibai pun sekolah perlu start pukul 8. balik la pukul 2. kalau yang belah petang nak masuk kelas, then yang belah pagi buat la kelas pukul 2 tu untuk aktiviti yang hands-on approach kat sekitar kawasan sekolah. benda senang je. tapi disebabkan system pendidikan kita lebih pentingkan benda yang ada dalam buku, maka hands-on approach ni tak boleh digunakan dalam system.
come on. teperap dalam kelas 6 jam? rehat 20 menet. rimas weh. well, mungkin badan aku da terlalu tua untuk handle atmosphere dalam kelas bila aku fikirkan balik. but still. pagi, cahaya matahri pagi la banyak faedahnya. dengan angin dan bau pagi tu. serious tenang. tak fuck up macam dalam kelas yang hanya dipenuhi bendera malaysia tatkala nak dekat merdeka.
cakap memang senang. tapi semua orang bukan sama. bukan semua orang boleh bangun pagi-pagi buta semata nak breakfast untuk ceria di sekolah. bukan semua orang bangun solat subuh.bukan semua orang boleh handle duduk dalam kelas terperap. bukan semua orang boleh duduk diam.
breakfast apa kalau sekolah start pukul 7:20 pagi (sekolah adik aku kat shah alam)? kantin dah sah-sah tak buka lagi. kedai kat luar pun confirm tak banyak buka lagi kalau kat area sekolah tu tak ada kawasan kedai.
1 point lagi untuk kotak bodoh, education system still 0. zero, neil. kosong. telur.
Idler
0 comments:
Post a Comment